Menu Utama
Muka Hadapan
Direktori Pegawai JKDM Melaka
JKDM Melaka
Berita JKDM Melaka
Kaji Selidik
Statistik
Ahli: 72
Berita: 47
Capaian Web: 5
Pautan
Informasi
 
 
Taman Mini Malaysia, yang boleh dianggap sebagai sebuah taman tema, adalah sebuah tempat yang paling sesuai untuk menyaksikan dan mempelajari tentang keunikan budaya masyarakat dari kesemua negeri di Malaysia.
 
 
 
  
Taman Asean yang unik ini memaparkan pelbagai rumah tradisional dari negera Asean termasuk Thailand, Singapura, Filipina, Indonesia dan Brunei.
 
 
 
  
Satu lagi tempat menarik untuk dikunjungi adalah Taman Rama-rama dan Reptilia Melaka yang menjadi tempat tinggal berbagai spesies rama-rama dan reptilia.
 
 

Dari Meja Pengarah Cetak E-mail
 
 
   
Assalamualaikum WBT.
 
 
Alhamdulillah, saya berasa amat bersyukur kepada Allah dan berbangga sekali kerana Laman Web Jabatan Kastam Diraja Malaysia Melaka telah disiapkan dengan jayanya atas bantuan semua Jabatan di Negeri Melaka ini. Berteraskan Pendekatan Kualiti ke Arah Kecemerlangan. Laman web ini diharap agar dapat memberi pendedahan yang berterusan berkenaan Teknologi IT dan secara tidak langsung untuk mengembeleng seluruh usaha, tenaga dan idea mereka berkarya melalui laman web.
 
     
 
Cabaran yang bakal dihadapi jabatan, negara dan dunia di abad ini amat kompleks berbanding sebelumnya. Kompleksiti cabaran tersebut akan bertambah apabila teknologi, sistem, dan prosedur yang kita miliki cepat berubah berbanding dekad terdahulu.
 
     
 
Tanggungjawab untuk melahirkan warga jabatan yang berakhlak mulia, berwawasan, berwibawa, berketerampilan dan berilmu terutamanya dalam bidang Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) yang semakin pesat membangun di negara ini, semakin mencabar.
 
     
 
Sehubungan dengan itu, pelbagai program telah dijalankan dalam usaha untuk meningkatkan pengetahuan Warga Jabatan Kastam Diraja Malaysia - Melaka dalam bidang ICT dan diharap mereka mampu menghadapi cabaran semasa terutamanya dalam mengharungi era ICT selaras dengan visi jabatan "Menjadikan Perkhidmatan Kastam Malaysia Bertaraf Dunia Pada Tahun 2015".
 
     
 
Pembangunan laman web ini merupakan salah satu pelan tindakan jabatan bagi meningkatkan kualiti dan pengetahuan dalam bidang ICT. Dengan ini adalah diharapkan perkembangan teknologi di Jabatan Kastam Diraja Malaysia - Melaka setanding bukan sahaja dengan jabatan-jabatan kerajaan yang lain, malah dengan pihak swasta di negara ini. Ini merupakan salah satu usaha warga Jabatan Kastam Diraja Malaysia - Melaka untuk mencapai visi dan misi jabatan.
 
     
 
Dengan ini adalah diharapkan, orang ramai terutamanya pelanggan-pelanggan Jabatan Kastam Diraja Malaysia Melaka akan mendapat maklumat terkini dan relevan berkenaan perkhidmatan-perkhidmatan perkastaman yang ditawarkan oleh jabatan kami dengan mudah, cepat dan tepat.
 
     
 
Selamat Melayar.
 
     
 
Wassalam.
 
     
 
DATO' MOHD NASIR BIN SAID
Pengarah Kastam Negeri Melaka,
Melaka Bandaraya Bersejarah
 

 
Undian
Komen anda mengenai Laman Web Rasmi Kastam Melaka
 
Waktu Solat
Subuh 05:40
Syuruk 07:01
Zuhur 13:10
Asar 16:34
Maghrib 19:19
Isya 20:32
Hadis
Statistik Pengunjung
Locations of visitors to this page